Friday, July 10, 2009

Tudung Periuk

HAI TUDUNG PERIUK
TUDUNGLAH PERIUK PANDAILAH MENARI
MENARILAH LAGU
MENARI LAGU PUTERA MAHKOTA

KAINLAH YANG BURUK
KAIN YANG BURUK BERIKAN KAMI
BUAT MENYAPU
BUAT MENYAPU SI AIR MATA

HAI TUDUNG PERIUK
TUDUNGLAH PERIUK DARILAH ASAHAN
DI BAWA ORANG
DI BAWA ORANG MENUJU KE PULAU

NASIB YANG BURUK
NASIB YANG BURUK JADI KENANGAN
MENGHAPUS DUKA
MENGHAPUS DUKA DI MASA LAMPAU

Joget Oh Bulan

OH BULAN DIMANA KAMU BERADA
MENYINARI ALAM BAHAGIA 2X
WAHAI PUNGGUK AKU ADA DISINI
MENDENGAR SUARAMU BERBUNYI 2X


#
OH.....RINDU RASA HATIKU
KALAU TAK MEMANDANG WAJAHMU 2X
AKU JUGA KALAU TAK MEMANDANGNYA
TIDUR BARING SEMUA TAK KENA 2X

#
BILAKAH MASANYA KITA BERJUMPA
TUNGGULAH HARI YANG BAHAGIA 2X

Friday, June 19, 2009

Menifestasi Dondang Sayang Negeri Melaka 2009


Satu Menifestasi Dondang Sayang telah diadakan pada 23-24 Mei 2009 di Pantai Puteri, Melaka. Bersempena dengan program tersebut, beberapa pertandingan telah diadakan iaitu Pertandingan Kumpulan Dondang Sayang dan juga Pertandingan Nyanyian Dondang Sayang. Walaupun bilangan kumpulan yang menyertainya bukanlah satu angka yang besar, tetapi ia cukup untuk membuktikan bahawa irama Dondang Sayang masih tidak dilupakan. Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dondang Sayang Warisan Remaja yang telah berjaya menjuarai pertandingan Kumpulan Dondang Sayang pada tahun ini,2009.


Sekian lama

Salam untuk semua,
Fuh... setelah sekian lama. Akhirnya dapat juga menjenguk kembali blog ini. Maaf kerana tiada sebarang post baru untuk WarisKlasik untuk beberapa ketika. Tugasan hakiki yang agak memerlukan lebih perhatian dan bila dapat bercuti ambillah peluang yang ada. InsyaAllah, selepas beberapa tugasan yang sedang dikendalikan, ia akan kembali seperti sediakala. Ok. to the next post...

Thursday, February 26, 2009

Laksamana Mati Dibunuh

SAYANG LAKSAMANA MATI DIBUNUH
ADUHAILAH SAYANG... 2x
MATI DITIKAM TOMBAK MENTERI

TUAN UMPAMA MINYAK YANG PENUH
ADUHAI LAKSAMANA... 2x
DITATANGLAH TIDAK TUMPAHNYA LAGI

SAYANG LAKSAMANA MATI DIBUNUH
ADUHAILAH SAYANG... 2x
MATI DIBUNUH DATUK MENTERI

MAKAM LAKSAMANA DI BUKIT PAGOH
ADUHAILAH SAYANG... 2x
MAKAMNYA ADA SEHINGGA KINI

SAYANG LAKSAMANA MATI DIBUNUH

Kamaruzaman

SUNYI SEPI...
TIADA BERMAYA
ALAM NAN INDAH
TIADA ERTINYA

TIADA KU DUGA
FITNAH MENDATANG
KASIH YANG SUCI
PUTUS TERHALANG

WAHAI AWAN...
BERGULUNG PUTIH
BAWALAH PESAN
PENYAMBUNG KASIH

ANGIN BAYU
BERTIUP LALU
SAMPAIKANLAH
RINTIHAN KALBU

ANGIN BAYU
BERTIUP LALU
SAMPAIKANLAH
RINTIHAN KALBU

Kembali...

Assalamualaikum,
Sudah sekian lama blog ini tidak diupdate.Nyaris-nyaris juga blog ini terkubur. Tapi semua itu bukan disengajakan. Penulis terpaksa menumpukan perhatian terhadap beberapa perkara yang penting dalam kerjaya. Pada masa yang sama terdapat projek baru yang perlu dilaksanakan. Mungkin ada yang mengatakan "tak serius dalam sesuatu perkara". Untuk makluman semua, projek yang berikutnya juga berkaitan dengan proses pembinaan laman blog ini. Untuk detail projek tersebut, nantikan kemunculannya tidak berapa lama lagi.