Friday, September 9, 2011

Kenang Daku Dalam Doamu

Sungguh jauh di kau pergi
Berpisah untuk selamanya
Tiada lagi senyum mesra 
Dan gurau senda

Ingin ku turut bersama
Apa daya ku tak terlara
Sudahlah memang
Nasib ku dik demikian rupa

Ku berdoa agar dikau
Hidup bahgia
Jangan bimbang 
Pada ku nan berduka

Tapi dik kau jangan lupa
Kenang daku dalam doamu
Itu yang ku pinta
Dari dulu waktu bertemu

Monday, August 3, 2009

Terkenang Diri

Terkenanglah diri

Di masa yang lalu

Tidur berjurai

Tidur berjurai si air mata


Ku sangkalah kekal

Kasihku berpadu

Rupa-rupanya

Rupa-rupanya hampa berlaka


Alangkah indahnya

Purnama raya

Indah menghias

Indah menghias alam dunia


Riuh dan rendah

Temanku ketawa

Hanyaku seorang

Hanyaku seorang berdukacita

Tuesday, July 21, 2009

Asli by Rahim Jantan

Album ni dah lama diterbitkan dan telah lama berada di pasaran. Tapi kalau ada yang tak berkesempatan untuk mendapatkannya, boleh dapatkan dari penyanyinya sendiri. Kalau nak request autograf pun boleh. Album ini juga menampilkan Ruzi Ali sebagai penyanyi undangan. Antara lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album ini ialah, Pantun Dahulu, Terkenang Diri, Ikan Di Laut Asam Di Darat dan beberapa lagi. Hanya RM 12.90 (tapi tak masuk kos penghantaran ye). Ok , sila hubungi Mohd Zuri Noriman/Pn Yati:019 366 3115.

Sunday, July 19, 2009

Zaharmirzuan dan Azmira Johan Bintang Asli Remaja 2009

Tahniah kepada Zaharmirzuan dan Azmira. Mereka merupakan Johan Bintang Asli Remaja Kebangsaan 2009. Kedua-dua mereka telah membawa pulang wang tunai bernilai RM 1o,ooo, trofi dan juga sijil penyertaan. Zaharmirzuan Azlan yang merupakan peserta dari Sarawak telah membawakan lagu Wak Daeng sebagai lagu wajib dan Gambus Ibu sebagai lagu pilihan. Johan bagi kategori perempuan, Noor Azmira Mohd Rahim dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula telah mendengarkan lagu Seri Mahligai sebagai lagu wajib dan lagu pilihan pula adalah Air Mata Hati. Naib johan dan tempat ketiga bagi lelaki adalah Muhammad Hilmi Idris dari Kelantan dan Mohd Hanizam Azman dari Kedah. Bagi kategori Perempuan pula, naib johan jatuh kepada Zarith Syuhada Mohd Yasin dari Melaka yang juga memenangi persembahan terbaik dan tempat ketiga adalah Mardiana Alwi yang meruapakan peserta daripada Johor.
nota: maaf lah tiada gambar. Tonton live di RTM 2. hehehe...

Saturday, July 18, 2009

Jangan lupa saksikan secara `live`

Bintang Asli Remaja peringkat kebangsaan pada tahun ini merupakan kali yang 13 sejak ia diadakan bermula 1996. Secara tidak lansung seramai 2708 bakat muda telah dicungkil sejak pertandingan ini diadakan. Ia merupakan usahasama daripada Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan melalui saluran Radio Televisyen Malaysia dan Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN). Pada tahun ini, seramai 12 orang peserta yang berusia dalam lingkungan 15 – 21 tahun akan berentap di peringkat akhir. Mereka semua adalah remaja yang telah menjalani peringkat saringan yang telah diadakan di peringkat negeri sebelum ini. Jadi esok jangan lupa untuk menonton secara lansung di saluran RTM 2 jam 8. 30 malam. Bagi yang berkelapangan, anda boleh terus ke Auditorium Perdana Angkasapuri. sekian untuk kali ini. Berita adalah ihsan daripada beberapa akhbar tempatan.

Friday, July 17, 2009

Kasih Berpadu

LAGU MENGALUN IRING BERIRING
SERULING GEMBALA SAYUP MENGIMBAU
BERLALU BULAN BERGANTI MUSIM
AKHIRNYA PULANG ORANG DI RANTAU

PADI DI TANAM SAWAH BERBAJAK
KINI MENGUNTUM JURAI BUNGANYA
SERIBU TAHUN TIDUR TAK NYENYAK
KINI MENJELMA MIMPI BAHGIA

POHON SELASIH POHON MENGKUDU
DI TENGAH-TENGAH POHON SEMANTAN
SEKALI KASIH ERAT DI PADU
BIAR BERPANJANG KEKAL HENDAKNYA

POHON SEMANTAN TUMBUH DI TENGAH
JANGAN BIARKAN LAYU DAUNNYA
SEJARAH LUKA BERLALU SUDAH
KASIH BERTEMU ERAT SEMULA

Tuesday, July 14, 2009

Pertandingan Akhir Bintang Asli Remaja Peringkat Kebangsaan 2009

Untuk makluman semua,peringkat akhir bintang asli remaja akan berlansung pada 19 Julai 2009. Pertandingan tersebut akan diadakan di Auditorium Perdana Angkasapuri. Saya akan update mengenai tiket selepas ini.bye...