Friday, June 19, 2009

Menifestasi Dondang Sayang Negeri Melaka 2009


Satu Menifestasi Dondang Sayang telah diadakan pada 23-24 Mei 2009 di Pantai Puteri, Melaka. Bersempena dengan program tersebut, beberapa pertandingan telah diadakan iaitu Pertandingan Kumpulan Dondang Sayang dan juga Pertandingan Nyanyian Dondang Sayang. Walaupun bilangan kumpulan yang menyertainya bukanlah satu angka yang besar, tetapi ia cukup untuk membuktikan bahawa irama Dondang Sayang masih tidak dilupakan. Walaubagaimanapun tahniah diucapkan kepada Kumpulan Dondang Sayang Warisan Remaja yang telah berjaya menjuarai pertandingan Kumpulan Dondang Sayang pada tahun ini,2009.


Sekian lama

Salam untuk semua,
Fuh... setelah sekian lama. Akhirnya dapat juga menjenguk kembali blog ini. Maaf kerana tiada sebarang post baru untuk WarisKlasik untuk beberapa ketika. Tugasan hakiki yang agak memerlukan lebih perhatian dan bila dapat bercuti ambillah peluang yang ada. InsyaAllah, selepas beberapa tugasan yang sedang dikendalikan, ia akan kembali seperti sediakala. Ok. to the next post...